Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, 29 May 2012

Pizza Seafood

Not bad la utk first timer masak pizza...sedap gak la....ceh!!puji diri sendirk..mau termuntah tajul bace ni!haha

sedap woo!! siyes tak tipu..tapi ni kira resipi pizza versi derhaka la..sbb tak ikut 100%..hahaha..ikut sesedap tekak jek1

Resepi ni  ambil dari blog Mat Gebu,

Bahan Doh:-  :P
250 g tepung roti (high protein flour)- ibu gune tepung gandum biasa jek
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening) - ni ibu tak guna
2 camca besar minyak zaitun -
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. tapi ibu biar dalam 40minit jek...janji dia jadik besar bganda2..haha. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

UNTUK TOPPING:- ibu letak inced chicken,sausage mushroom,crab meat, sederi stik, carrot,  dan cheesedale dan mozarella cheese untuk sos nya selain dari sos pizza ,(sos pizza ibu wat sendirik),perghhhh! terangkat beb!
UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5minit..keluar dari oven sapu sos dan bubuh Topping pilihan,bakar lagi 20minit pada suhu 180C.

TADAAAAAA!!!dah siap!

pizza seafood  versi dehaka!haha




Our 2nd Anniversary

pada ketika ini...pada tarikh ini...pada 2 tahun  yang lalu....kami telah selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah...


perkenalan selama hampir 6 tahun berakhir dengan ikatan yang sah...

tak perlu bunga..tak perlu kek...mahupun kad...

cukup sekadar tanda ingatan dan pengahargaan...


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana mengurniakan seorang Ketua Keluarga yang sempurna di mata hatiku…Dialah peneman hidupku.  Doaku Semoga Allah swt melimpahkan kami sekeluarga kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin ….



PEACEE!!






Monday, 28 May 2012

PAVLOVA

seperti yang dijanjikan...hehe





BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)- make sure telur tak sejuk (kena suhu bilik)
1 cawan gula kastor - ibu gune 3/4 cawan je...
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Anggur segar secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan paper cup utk buat cupcakes tu..
  2. kalo gune baking paper..buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. (sampai kuar tanduk!haha) Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul( gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh... Paipkan ke dalam paper cup.
  4. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. 
  5. utk buat topping, putar whipping cream..(tips: putar whipping cream dalam keadaan dia sejuk..samada keluar je dr peti ais terus putar..ataupun, buat mcm double boiler..alas mangkuk dengan mangkuk besar yang diisi dengan air+ais) jangan terlebih putar...nnt dia jadik mentega!
  6. bila dh kental, masuukkan whipping cream dlm piping beg, hias ikut kreativiti kat pavlova cupcakes tuh..kalo wat pavlova besar, just sapu rata je...
  7. hias dengan buah-buahan segar ikut kreativiti. Sedia utk NGAP!!