Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday 25 January 2012

GiGi KaPak suDah MuNCul!!

First 2 batang gigi ni tumbuh mase umo baru 4 bulan 1 minggu
masuk 7 bulan aritu dah keluar gigi kapak ni!huhu

peringatan untuk diri sendiri: berhati2 mase susukan ekal!haha

Doa dan Amalan bagi Ibu Menyusu

rentetan n3 tragedy...huhu...

arini ibu meng google doa ke...amalan ke...yg leh tambah kan susu...

bukan tak percaya pada milk booster, tp ibu percaya rezeki tu datangnye dr ALLAH dan usaha kita sendiri...

herew what I found...

Doa ni sesuai diamalkan untuk sape yg menyusukan anak mcm Ibu (^_^)

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi.., Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...



Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.
 
InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

sumber: http://naluriibu.blogspot.com/2012/01/doa-dan-amalan-bagi-ibu-menyusu.html

TraGedy GoNg Xi Fa CaI (2)

takde la tragedy sangat pun....

tapi EKAL DEMAM!!huhu...

ibu susah hati sangat bile ekal asyik nangis jek...langsung takmau makan...susu pun kurang...

tdo lak nk kena atas riba..kalo letak bawah kompom nangis non stop!!

terpaksa la ibu EL semalam....ingatkan cuti2 ni leh la wat stok utk Ekal...tapi HAMPEH!!

Ekal nak mengempeng je...bile tgk ibu mengepam, Ekal tarik pam tu...jeles kot..hehe

meleleh je idoung tu..alahai~~

berebut kopok ngan MakTiq nye..

walaupun demam tp still pantang nampak camera..haha


adehhh~~~

dugaan btol kali ni!

TraGedy GoNg Xi Fa CaI

Orang len beraya sakan...bercuti sakan...ibu lak sedih bangat neh!!

meh nak cite...

disebabkan cuti raye cine ni lame, ibu balik la umah tokma Ekal...tokma Ekal suh balik sebab rindu ekal...

Alkisahnya, 4 hari tinggalkan umah kat putrajaya ni, ghope2nye tiap2 hari ribut kat sini..ujan lebat bedentum dentam!

Benda yg paling ibu takut sejak dulu terjadi...umah blackout! dek ribut yg kuat tu...

abes semua stok susu Ekal cair...huhu (tgh taip ni rase nak nanges T__T)

satu besen botol 100oz lebey kena buang...huhu...sedey toksah cite la....menggigil lutut tgk susu rupenye dh basi...agaknye dh lame kot blackout...

susu yg terpaksa dibuang...huhuhu
terpaksa la bermula dari 0 balik...huhu..lps ni kire kais pagi makan pagi la..

takpela...dah takde rezeki Ekal...ibu redha je la..huhu..(nak nanges!!)T_T

demi Ekal, ibu perlu bersemangat waja untuk wat stok balik! CHAIYOKK!!! (tangan kat dada, mata pandang atas!)

Monday 23 January 2012

Kek Oren

lame btol tak hapdet blog ni...bizi btol lately....bizi ngan budak gemben2 tu...haha

cuti gong xi fa chai ni tak gi mane pun sebab AyahEkal kursus kat Pusasda..masuk wataniah plak dah...

disebabkan banyak buah oren kat umah ni, ibu pun teringin la nak makan kek oren...haha

Bahan-bahan (ni resipi untuk loyang 9 inci)

1 biji buah oren (potong dan buang biji dan urat putih di tengah2)1 cawan minyak
1 1/4 cawan gula halus  3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
3 sb sunquick oren

1 biji oren - kulit oren diparut
1 sude kecil esen vanila 



bahan-bahan

blend semua bahan kecuali tepung, baking powder dan esen vanila (ibu takde mixer..huhu)

masukkan tepung, baking powder (yg dh diayak) ke dlm adunan yg dh diblend tadi

adunan dah siap untuk di bakar!

bakar 40 minit pada suhu 170oc

masa untuk NGAPPP!!
(warna lain ckit sbb pencahayaan romantik sgt!huhu...)

 

Thursday 5 January 2012

Doa Untuk Orang Yang Disayangi

DOA UTK ORG YG DISAYANGI

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan Cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.....................
 

Ya Muhaimin..........
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya, Agar tidak melebihi cintaku Pada-Mu...........


Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya Tertaut Pada-Mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...........
Ya Rabbani..
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling pada hati-Mu...
 

Ya Rabbul Izzati.............
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya,
Agar tidak aku lalai merindukan syurga-Mu................
 

YaAllah................
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu..............
 

Ya Allah............
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu............
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada-Mu............
 

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...........
 

Ya Allah...............
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam Cinta pada-Mu..........
Telah berjumpa untuk taat kepada-Mu,
Setelah bersatu dalam dakwah -Mu ,
Telah berpadu dalam membela syariat-Mu...........
Kukuhkanlah YA Allah ikatannya..
Kekalkanlah ikatanya,
Tunjukilah jalan-jalannya.........
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami denga keimanan kepada-Mu dan
kerindahan bertawakal ke jalan -Mu 
......................................Amin Y a Rabbal Alamin...............

Petua Dimurahkan Rezeki (MESTI BACA)

Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.
10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)
15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
mohonlah kepada Allah...
mohonlah kepada Allah...
19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezek...AMIINNNN...

sumber:blog pakar how to

~Senyum di Pagi Hari~

haha..tajuk tak leh blah...

sebenarnya senyum sebab tertarik dengan jawapan Ustaz Azhar Idrus...alaa...ustaz glamer tu..hehe

Soalan sang suami:
"ustaz, kenapa wanita suke berbelanje? istri saya janji, sekali ni je...sekali ni je... tapi beli gak!"

jawapan sempoi sang Ustaz:
"wanita macam budak2...suke membeli...contohnye budak2...pantang nampak mainan terus je nak...padahal mainan dah banyak dah kat umah...

macam tu juga wanita...padahal baju, kasut, handbag dah pebuh satu almari...yang tak pakai lagi pun ada....tapi nak beli lagi..sebab apa..sebab wanita suke kan benda yang cantik...


MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT...
kalo bukan isteri yang habiskan duit, siapa lagi.....kalo bukan isteri yang nak beli periuk, kuali dan lain2..siapa lagi?

SUAMI JANGAN MARAH...ISTERI BESAR JASANYA....
tolong beranakkan, tolong jaga anak2...tolong basuh baju, kemas rumah, memasak, dll.."

ibuEkal:harap2 la ayahEkal bace post ni...hahaha (sambil terenyum)

Tips Didik Anak Cemerlang

Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak :

  1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari, bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak. Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin kehidupannya.
  2. Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada Al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan.
  3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
  4. Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan.
  5. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggungjawab dan seumpamanya. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
  6. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak.
  7. Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada-pada.
  8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan.
  9. Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa misali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang. Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
  10. Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya dan menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu.
  11. Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita apabila mereka berdepan dengan masalah.
  12. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih kepada anak termasuk mengajar menyimpan rahsia, latih mereka berpuasa serta membentuk kemahiran sosial anak, contohnya berkawan dengan betul.
  13. Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak serta mengajar mereka cara membuat keputusan yang baik.
  14. Kenal pasti kecenderungan dan minat anak. Selain daripada memerhatikan sendiri anak-anak, boleh bertanya pada guru atau rakan mengenai hobi mereka kerana mungkin ada yang terlepas pandang.
  15. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah menjadi insan cemerlang.
sumber: harian metro