Pages

Tuesday, 29 May 2012

Pizza Seafood

Not bad la utk first timer masak pizza...sedap gak la....ceh!!puji diri sendirk..mau termuntah tajul bace ni!haha

sedap woo!! siyes tak tipu..tapi ni kira resipi pizza versi derhaka la..sbb tak ikut 100%..hahaha..ikut sesedap tekak jek1

Resepi ni  ambil dari blog Mat Gebu,

Bahan Doh:-  :P
250 g tepung roti (high protein flour)- ibu gune tepung gandum biasa jek
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening) - ni ibu tak guna
2 camca besar minyak zaitun -
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. tapi ibu biar dalam 40minit jek...janji dia jadik besar bganda2..haha. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

UNTUK TOPPING:- ibu letak inced chicken,sausage mushroom,crab meat, sederi stik, carrot,  dan cheesedale dan mozarella cheese untuk sos nya selain dari sos pizza ,(sos pizza ibu wat sendirik),perghhhh! terangkat beb!
UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5minit..keluar dari oven sapu sos dan bubuh Topping pilihan,bakar lagi 20minit pada suhu 180C.

TADAAAAAA!!!dah siap!

pizza seafood  versi dehaka!haha




2 comments:

  1. nak try le nanti..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. try le...senang yo...sodap pun sodap!!haha

    ReplyDelete