Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, 29 May 2012

Our 2nd Anniversary

pada ketika ini...pada tarikh ini...pada 2 tahun  yang lalu....kami telah selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah...


perkenalan selama hampir 6 tahun berakhir dengan ikatan yang sah...

tak perlu bunga..tak perlu kek...mahupun kad...

cukup sekadar tanda ingatan dan pengahargaan...


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana mengurniakan seorang Ketua Keluarga yang sempurna di mata hatiku…Dialah peneman hidupku.  Doaku Semoga Allah swt melimpahkan kami sekeluarga kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin ….



PEACEE!!






Monday, 28 May 2012

PAVLOVA

seperti yang dijanjikan...hehe





BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)- make sure telur tak sejuk (kena suhu bilik)
1 cawan gula kastor - ibu gune 3/4 cawan je...
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Anggur segar secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan paper cup utk buat cupcakes tu..
  2. kalo gune baking paper..buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. (sampai kuar tanduk!haha) Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul( gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh... Paipkan ke dalam paper cup.
  4. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. 
  5. utk buat topping, putar whipping cream..(tips: putar whipping cream dalam keadaan dia sejuk..samada keluar je dr peti ais terus putar..ataupun, buat mcm double boiler..alas mangkuk dengan mangkuk besar yang diisi dengan air+ais) jangan terlebih putar...nnt dia jadik mentega!
  6. bila dh kental, masuukkan whipping cream dlm piping beg, hias ikut kreativiti kat pavlova cupcakes tuh..kalo wat pavlova besar, just sapu rata je...
  7. hias dengan buah-buahan segar ikut kreativiti. Sedia utk NGAP!!

Sunday, 29 April 2012

Mengidam???

sejak akhir2 ni tekak encik somi asyik nak makan makanan western jek.....dah tu nak yg home made je plak tu...kt yang melayu tulen ni sah2 la x penah masak western...

demi encik suami terchenta, ibu pun gugel la mane2 resepi yang berkenan ngan anak tekak ni ha...

memula nak pasta bolognese....DONE!

dah tu nak pizza lak....DONE!
pizza seafood..(gambo taak clear lak!huhu)
arini dia mengidam nak pavlova lak...haha
buat versi pavlova cupcakes



nasib baik menjadi...hehe

susah gak bila laki mengidam ekkk..haha

apa?mengidam ade makna?? takde makna nye....ibu x peknen ye..harap maklum...haha..Ekal tak puas manje lagi!

resipi kena tunggu next entry hokey....Ekal dah ngamuk!

~CHOW~